Apa Cerita Pulai Hari Ini? Si Pulai points to a fast-growing forest vine, the Rattan, whose flexible stems have supported both jungle life and generations of local craftsmanship.

 

 

Our friend here is a type of climbing palm with about 104 species recorded in Malaysia. Its stems are renowned for making baskets, bindings, ropes, and various other essential uses, making it invaluable in traditional communities. Some rattans can grow over 120 meters, ranking them among the longest land plants. They climb using specialized organs: the cirrus, a spiny extension, or the flagellum, a whip-like structure, both aiding their ascent in the heart of the forest.  

 

Rattan leaves can be woven, while in the village, its spines serve various purposes, such as deterring bats from roosting in rafters or preventing thieves from climbing fruit trees (ouch!). In some areas, the spines are even used as coconut graters and in fish traps, with their curved spines preventing fish from escaping. Its fruits are also edible.  

 

Ants often form a unique relationship with rattan, using the spines on its leaf sheaths to build domes made of “carton,” a mixture of plant debris and saliva, which serve as nests or areas to cultivate insects. Despite being armed with sharp spines, rattan remains vulnerable to herbivores like elephants, wild cattle, and wild boars, which tear open the stem sheaths to reach the sweet tissue inside. The presence of ants likely provides additional protection, deterring these animals and benefiting the rattan.  

 

Take some time to appreciate the unique features of our friend here—trace its climbing stems, observe its spines, or watch the wildlife it hosts. Doing so can inspire mindfulness and bring a sense of calm. By valuing this remarkable plant, you might feel a deeper connection to nature, fostering inner peace and tranquility. – Si Pulai

 

 

Rakan kita ini ialah sejenis pokok palma yang memanjat dengan kira-kira 104 spesies direkodkan di Malaysia. Batangnya terkenal dalam pembuatan bakul, ikatan, tali, dan pelbagai kegunaan penting lain, menjadikannya tidak ternilai dalam komuniti tradisional. Sesetengah rotan boleh tumbuh lebih dari 120 meter, menjadikannya antara tumbuhan darat yang paling panjang. Mereka memanjat menggunakan organ khas: cirrus, satu sambungan berduri, atau flagellum, struktur seperti cemeti, kedua-duanya membantu pendakian mereka di tengah-tengah hutan.  

 

Daun rotan boleh digunakan untuk anyaman, manakala di kampung duri-durinya mempunyai pelbagai kegunaan, seperti menghalang kelawar dari bertenggek di loteng atau mencegah pencuri memanjat pokok buah (adoi!) Di sesetengah kawasan, ia bahkan digunakan sebagai parut kelapa dan dalam perangkap ikan, dengan durinya yang melengkung menghalang ikan daripada melarikan diri. Buahnya juga boleh dimakan.  

 

Sang semut sering membentuk hubungan unik dengannya, menggunakan duri pada selaput daunnya untuk membina kubah yang diperbuat daripada “karton,” campuran serpihan tumbuhan dan air liur, yang berfungsi sebagai ruang sarang atau kawasan untuk menternak serangga. Walaupun rotan dilindungi oleh duri yang tajam, ia tetap terdedah kepada pemangsa seperti gajah, lembu liar, dan babi hutan, yang akan merobek selaput batang untuk mendapatkan tisu lazat di dalamnya. Kehadiran semut mungkin memberikan perlindungan tambahan, menghalang haiwan-haiwan ini dan memberi manfaat kepada rotan.  

 

Ambillah masa menghayati ciri-ciri unik kawan kita ini—telusuri batangnya yang memanjat, perhatikan durinya, atau tinjau hidupan liar yang menemaninya—ini boleh mendorong kesedaran dan mendatangkan ketenangan. Dengan menghargai tumbuhan yang luar biasa ini, anda mungkin akan dapat merasai hubungan yang lebih mendalam dengan alam, yang menggalakkan rasa keamanan dalam diri anda. – Si Pulai

 

#pulaitrail  #pulaitrailurbanforest #freetreesociety #urbancommunityforest #pulaistories #sipulai


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *