Apa Cerita Pulai Hari Ini? Si Pulai spots a twig-like insect swaying gently with the leaves. Introducing, Green-striped flying insect (Presbistus peleus), a master of camouflage in the forest breeze.

“Hey, Si Pulai!”
Huh, who’s there?
“Here, look carefully.”
Oh my, it’s you, Green Striped Flying Stick! Haven’t seen you in such a long time!
“I’m always here, Si Pulai. You just don’t always notice me.”
Our friend here is a master of disguise, blending seamlessly into the forest. Its slender, green-striped body mimics twigs and branches, becoming one with the foliage.
“You know, Si Pulai, in a world that never stops rushing, my strength lies in stillness. When danger comes, I don’t run or fight—I become as still and unassuming as a
Wait, I think I saw you once at night!
“Yes, I am a creature of the night. The darkness teaches me to thrive in quiet moments, to find opportunities when others aren’t looking. During the day, I stay hidden, watching the forest’s rhythms. Though, right now, I’m breaking my silence to talk to you. Hehe.”
“Oh, Si Pulai, the thing is I want to share something about love. Love is like this forest—peaceful and calm, found in silence, small gestures, and patience. Like how I blend in with nature, love blends with life effortlessly. True love lies in calmness, understanding, and genuine connection.”
You are still and silent, deep in thought, pondering marvelous things. It’s a privilege to hear your words!
Thank you, Green Striped Flying Stick, for joining us. Until next time!
– Si Pulai
“Hei, Si Pulai!”
Hah, siapa di sana?
“Sini, sini.”
Alamak, rupanya kau, Sang Ranting! Lama betul kita tak berjumpa!
“Aku sentiasa ada di sini, Si Pulai. Cuma kau tak selalu perasan.”
Kawan kita ini adalah pakar dalam penyamaran. Tubuhnya yang langsing dan berjalur hijau halus menyerupai ranting dan dahan di persekitaran.
“Kau tahu, Si Pulai, dalam dunia yang sentiasa sibuk, kekuatanku terletak pada ketenangan. Apabila bahaya datang, aku tidak lari atau melawan—aku menjadi tenang dan tidak menarik perhatian, seperti sebatang ranting. Kadang-kadang, aku berayun perlahan, seperti daun ditiup angin, untuk mengingatkan kalian bahawa walaupun dalam ketenangan, ada kehidupan dan pergerakan.”
Tunggu, aku rasa aku pernah nampak kau pada waktu malam!
“Ya, aku adalah makhluk malam. Kegelapan mengajarku untuk melata dalam kesunyian, mencari peluang ketika makhluk lain tidak melihat. Pada siang hari, aku bersembunyi, menikmati irama hutan. Tapi, sekarang ini, aku memecahkan diamku untuk berbual dengan kau. Hehe.”
“Oh, Si Pulai, aku sebenarnya ingin berkongsi sesuatu tentang cinta. Cinta itu seperti hutan ini—tenang dan aman, ditemui dalam keheningan, perhatian kecil, dan kesabaran. Seperti aku yang menyatu dengan alam, cinta menyatu dengan kehidupan tanpa dipaksa. Cinta sejati terletak pada ketenangan, pengertian, dan hubungan yang tulus.”
Wah, kau sentiasa tenang dan senyap, seolah-olah sedang merenung perkara-perkara yang hebat. Amat bertuah dapat mendengar kata-katamu.
Terima kasih, Sang Ranting, kerana sudi bersama kami. Jumpa lagi!
– Si Pulai
#pulaitrail #freetreesociety #pulaitrailurbanforest #pulaistories #sipulai

Leave a Reply