Apa Cerita Pulai Hari Ini? Si Pulai reveals a secret hiding beneath the leaf litter, the Tube Trapdoor Spider (Damarchus workmani), a patient hunter that builds a silk-lined tunnel and waits behind its own trapdoor for the perfect ambush.

 

 

Our friend here has a rather shy demeanor—it’s the Tube Trapdoor Spider (Damarchus workmani). Unlike other spiders that scuttle about, this one lowers its face to the ground. A master of camouflage, has emerged briefly from its hidden burrow.  

 

It spends most of its life hiding behind its trapdoor. The fine hairs on its legs detect tiny vibrations from passing prey. When an unsuspecting insect ventures too close, it strikes swiftly, pulling its prey into the burrow. If threatened, it shuts its door tightly, turning its burrow into an impenetrable fortress.  

 

During humid weather, male spiders leave their burrows to roam the forest floor in search of mates, while females remain hidden, guarding their eggs. These spiders can live up to 20 years, playing a crucial role in controlling insect populations and maintaining ecological balance.  

 

The spider’s ability to adapt teaches us that shyness is not a weakness. Shy individuals can face challenges and trust in themselves—stepping forward at the right moment and retreating to recharge when needed. There is always strength in trusting your instincts and embracing your natural self.

 

Join me again next week for another story! – Si Pulai

 

 

Labah-labah ini agak pemalu gayanya, iaitu Labah-Labah Perangkap Berkaki Jingga (Damarchus workmani). Kelihatan dia menundukkan wajahnya ke tanah, bukannya merayap seperti labah-labah lain. Rakan kita ini, yang merupakan pakar penyamaran, telah muncul seketika dari sarangnya yang tersembunyi.  

 

Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya bersembunyi di belakang pintu perangkap. Bulu-bulu halus di kakinya mengesan getaran kecil daripada mangsa yang lalu. Apabila serangga yang sedang leka datang menghampiri,dia akan menyergap dengan pantas, menarik mangsanya ke dalam sarang. Jika terancam pula, dia akan menutup pintunya dengan rapat, menjadikan sarangnya sebuah kubu yang tidak dapat ditembusi. 

 

Sewaktu cuaca lembap, labah-labah jantan akan keluar dari sarang mereka untuk merayau di lantai hutan mencari pasangan, manakala yang betina tetap bersembunyi dan menjaga telur mereka. Labah-labah ini dapat hidup hingga 20 tahun, memainkan peranan penting dalam mengawal populasi serangga dan mengekalkan keseimbangan ekologi.  

 

Keupayaan labah-labah ini untuk menyesuaikan diri menunjukkan kepada kita bahawa sifat pemalu bukanlah satu kelemahan. Individu yang pemalu boleh menghadapi cabaran dan percaya kepada diri mereka sendiri—melangkah ke hadapan pada waktu yang tepat dan berundur untuk mengumpul semula tenaga apabila perlu. Maka, sentiasalah ada kekuatan dalam mempercayai naluri dan menerima sifat semula jadi anda. – Si Pulai

 

 

#pulaitrail  #freetreesociety #urbancommunityforest #pulaistories #sipulai


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *