Apa Cerita Pulai Hari Ini? Si Pulai looks skyward and sees a powerful raptor riding the air above the trees. Introducing, Crested serpent eagle (Spilornis cheela), a guardian of the forest sky.

The Crested Serpent Eagle has dark brown feathers all over its body, with white spots or bars on its shoulders and underside. You can recognize this eagle by the short, rounded dark feathers on its head (called a crest) and its wide wings. When it flies, you’ll notice a pale band on its tail and a light line along the back edge of its wings.
The Crested Serpent Eagle is well known for its appetite for reptiles, especially snakes that live in trees. However, our feathered friend doesn’t just stop there. It also hunts small mammals, frogs, crabs, eels, and even birds. Interestingly, a study in Peninsular Malaysia once recorded this eagle eating a large earthworm.
When hunting, our predator friend usually perches quietly. It can stay still for long periods while carefully watching for any movement. Once prey is spotted, it swoops down swiftly—whether on the ground or in the trees. Afterward, it usually eats where it lands or flies to a nearby branch.
What can we learn from our feathered friend? Its patience while hunting, adaptability, and awareness of its surroundings teach us that to survive, we too must learn to adapt—especially in a world that’s constantly changing.
– Si Pulai
Burung Helang Ular Berjambul (spilornis Cheela) mempunyai bulu berwarna coklat gelap di seluruh badannya, dengan tompok atau jalur putih pada bahu dan bahagian bawah badan. Sahabat kita ini boleh dikenali melalui jambul pendek dan bulat berwarna gelap di kepalanya serta sepasang sayap yang lebar. Semasa terbang, anda boleh melihat jalur pucat pada ekornya dan garisan cerah di bahagian belakang sayap.
Lang Berjambul terkenal dengan seleranya terhadap reptilia, terutamanya ular yang tinggal di atas pokok. Namun, rakan berbulu kita ini tidak terhad kepada makanan itu sahaja. Ia turut memburu mamalia kecil, katak, ketam, belut, malah burung. Menariknya, satu kajian di Semenanjung Malaysia pernah merekodkan helang ini memakan cacing tanah yang bersaiz besar.
Semasa memburu, sahabat pemangsa kita ini biasanya bertenggek dengan senyap. Ia mampu duduk diam untuk jangka masa yang lama sambil memerhati sebarang pergerakan mangsa. Sebaik sahaja mangsa dikesan, ia akan menyambar dengan pantas—sama ada di atas tanah atau di atas pokok. Selepas itu, sahabat kita ini biasanya makan di tempat ia mendarat atau terbang ke dahan berdekatan.
Apa yang boleh kita pelajari daripada sahabat kita? Kesabarannya ketika memburu, keupayaannya menyesuaikan diri, dan kepekaannya terhadap persekitaran mengajar kita bahawa untuk terus bertahan, kita juga perlu bijak menyesuaikan diri—terutamanya dalam dunia yang sentiasa berubah.
– Si Pulai
#pulaitrail #freetreesociety #pulaitrailurbanforest #pulaistories #sipulai

Leave a Reply