Apa Cerita Pulai Hari Ini? Si Pulai notices a quiet living patch clinging to bark and stone. Introducing, Lichen, a tiny alliance that tells the story of clean air and patient growth.

Along the corners of the Pulai Trail, there exists a companion often overlooked: lichen. It is neither a plant nor an animal, but an extraordinary partnership between fungus and green algae or cyanobacteria. Together, they form a composite organism so closely bonded that it becomes something entirely new.
What makes this bond so strong is the mutual give-and-take relationship between the two partners. The fungus provides protection and structure, absorbing water and minerals from the surroundings, while the algae carry out photosynthesis—producing sugars to nourish them both.
Did you know they possess incredible strength? Through this quiet partnership, they endure harsh conditions, slowly break down stone, and give life to soil. They also serve as indicators of the air quality we breathe. They exist in other bright colors too—yellow, green, orange, and grey—quietly add hues to the natural world.
Lichens are living examples of symbiosis—where two very different beings come together in mutual support. Their mutualism shows us that strength always comes from cooperation. In their silence, they whisper a simple truth: that even the smallest of friendships can shape the world.
– Si Pulai
Di sepanjang penjuru Pulai Trail, wujudlah salah satu teman kita yang sering terlepas dipandang: liken. Ia bukan tumbuhan dan bukan juga haiwan, tetapi satu perkongsian luar biasa antara kulat dan alga hijau atau sianobakteria. Bersama-sama, mereka membentuk satu organisma komposit yang begitu erat hubungannya sehingga menjadi sesuatu yang sepenuhnya baharu.
Apa yang menjadikan ikatan ini begitu kukuh adalah hubungan saling memberi dan menerima antara kedua-dua pasangan. Kulat menyediakan perlindungan dan struktur, menyerap air dan mineral dari persekitaran, manakala alga menjalankan fotosintesis—menghasilkan gula untuk menyuap mereka berdua.
Tahukah anda bahawa mereka memiliki kekuatan yang luar biasa? Melalui kerjasama senyap ini, mereka berupaya bertahan dalam keadaan yang mencabar, malah mampu perlahan-lahan memecahkan batu yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan tanah. Mereka juga menjadi penanda tahap kualiti udara yang kita hirup, di sebalik warna-warna yang terang seperti kuning, hijau, jingga, dan kelabu—menyuntik warna secara diam-diam ke dalam alam semula jadi.
Liken merupakan contoh hidup simbiosis—di mana dua makhluk yang berbeza bersatu dalam sokongan bersama. Hubungan saling bergantung ini menunjukkan bahawa kekuatan sejati datang daripada kerjasama. Dalam keheningan mereka, mereka membisikkan satu hakikat ringkas: bahawa persahabatan sekecil mana pun mampu membentuk dunia.
– Si Pulai
#pulaitrail #freetreesociety #pulaitrailurbanforest #pulaistories #sipulai

Leave a Reply