Apa Cerita Pulai Hari Ini? Si Pulai finds a climbing vine winding through the shaded trail edge. Introducing, Akar gasing bukit (Cyclea laxiflora), a forest climber with a quiet but persistent grip.

The clusters of our climbing plant are stunning—hanging like luxurious lamps! Cyclea laxiflora features a circular growth structure (from Greek “kyklos,” meaning “circle”), with loosely arranged flower clusters (“laxi” in Latin means loose), hence its name “loose flower clusters.”
The Cyclea laxiflora boasts delicate flowers that attract small flies, bees, beetles, and moths with their sweet scent. These insects, lured by the blooms and the faint aroma of its leaves, become vital pollinators, ensuring the plant’s survival.
The true wonder lies beneath the soil. Cyclea roots can treat fever, hemorrhoids, postpartum recovery, and act as a vermifuge. Above ground, its leaves are crushed and mixed with water to make ‘cincau hijau,’ a cooling jelly that soothes stomach ailments and fever.
“Nature does not hurry, yet everything is accomplished” (Lao Tzu). Cyclea laxiflora, a quietly thriving friend, offers beauty, purpose, and healing without fanfare, reminding us to appreciate the hidden depths in life. Like this plant, may we cultivate patience, empathy, and a deeper understanding of the world around us.
Join me again next week for another story! – Si Pulai
Gugusan tumbuhan memanjat kami sungguh memukau—bergantung seperti lampu mewah! Cyclea laxiflora mempunyai struktur pertumbuhan bulat (daripada bahasa Greek “kyklos,” yang bermaksud “bulatan”), dengan rangkaian bunga yang renggang (“laxi” dalam bahasa Latin bermaksud longgar), maka namanya diterjemahkan sebagai “gugusan bunga longgar.”
Cyclea laxiflora memiliki bunga-bunga halus yang menarik lalat kecil, lebah, kumbang, dan rama-rama dengan aroma manisnya. Serangga-serangga ini, terpikat oleh bunga dan bau halus daunnya, menjadi pendebunga penting yang memastikan kelangsungan hidup tumbuhan ini.
Keajaiban sebenar terletak di bawah tanah. Akarnya boleh merawat demam, buasir, pemulihan selepas bersalin, dan bertindak sebagai ubat cacing. Di atas tanah, daunnya dihancurkan dan dicampur dengan air untuk membuat ‘cincau hijau,’ sejenis jeli sejuk yang menenangkan masalah perut dan demam.
“Alam tidak tergesa-gesa, namun segalanya tetap tercapai.” (Lao Tzu). Cyclea laxiflora, sahabat yang berkembang dengan tenang, menawarkan keindahan, tujuan, dan penyembuhan, mengingatkan kita untuk menghargai keistimewaan tersembunyi dalam semua makhluk hidup dan menyedari bahawa nilai sebenar sering terselindung. Seperti tumbuhan ini yang memelihara kehidupan dengan caranya yang lembut, semoga kita juga dapat memupuk kesabaran, empati, dan pemahaman yang lebih mendalam tentang dunia di sekeliling kita.
Jumpa lagi minggu depan untuk satu lagi cerita! – Si Pulai
#pulaitrail #freetreesociety #pulaitrailurbanforest #pulaistories #sipulai

Leave a Reply