Apa Cerita Pulai Hari Ini? Si Pulai greets a sturdy shrub that brightens open edges with broad leaves and golden flowers. Introducing, Simpoh ayer (Dillenia suffruticosa), a familiar trail-side plant that shelters birds, insects, and shade-loving life.

 

 

This is a remarkable shrub friend known as Dillenia suffruticosa, or “Simpoh Ayer.” She is a pioneer species, the first to brave disturbed open areas, paving the way for a thriving ecosystem to restore the balance of nature. Her broad, glossy leaves shimmer under dappled sunlight, providing shelter to insects and her roots help prevent soil erosion along riverbanks. 

 

However it is the golden yellow flowers of Simpoh Ayer that hold a special kind of magic. At night, as the forest grows quiet, when the moon rises in the sky, these flowers begin their nightly ritual. At 2am, in the secrecy of the dark, her buds slowly open, revealing vibrant petals. By the time dawn breaks, the flowers are in full bloom, greeting the new day with radiant beauty. 

 

These daily blooms are more than just a display; it is an invitation to the forest’s pollinators. Butterflies and bees, drawn by the flowers’ vibrant color, will flock. They play a crucial role, transferring pollen from flower to flower, ensuring the continuation of the species.

 

By late afternoon, the golden petals of Simpoh Ayer begin to wilt. If the flowers are pollinated, they close their buds again, this time turning a reddish hue, as they begin the process of developing into fruits. If not, new buds will prepare to bloom, ready to take their turn the following night.

 

This rhythm, day after day, is a testament to the order of nature. Everything in the forest has its time and place, moving in sync with the cycles of the sun and moon. Simpoh Ayer, with her predictable blooms and vital role in the ecosystem, is a perfect example of this natural order. She not only thrives in her environment but also helps to maintain balance, supporting a crowd of life forms.

 

Our friend Simpoh Ayer teaches us patience and respect for the cycle of life. Just as the Simpoh Ayer waits patiently for the right moment to bloom, so too we must move in harmony with the world around us.

 

Next week I will tell a tale about some wildlife! – Si Pulai

 

 

Rakan kita ini sejenis renek yang luar biasa dikenali sebagai Dillenia suffruticosa, atau “Simpoh Ayer.” Dia adalah spesies perintis, yakni dengan beraninya menghadapi kawasan yang terganggu dan terbuka, membuka jalan bagi ekosistem yang berkembang maju demi memulihkan keseimbangan alam semula jadi. Daunnya yang lebar dan berkilat, berkilauan di bawah cahaya matahari, memberikan perlindungan kepada serangga dan akarnya teguh mencegah hakisan tanah di sepanjang tebing sungai.

 

Namun, keajaiban sebenar ialah pada bunganya yang berwarna kuning keemasan itu. Tiba lewat malam di bawah rembulan, bunga-bunga ini akan mula ‘hidup’. Dalam keheningan sekitar pukul 2 pagi, tunas akan terbuka perlahan-lahan, menampakkan kelopaknya yang terang. Menjelang fajar, bunga-bunga itu akan mekar penuh, menyambut hari baru dengan kecantikannya yang berseri-seri.

 

Bunga ini lebih daripada sekadar paparan; ia adalah jemputan kepada pendebunga hutan. Rama-rama dan lebah akan berpusu-pusu ke Simpoh Ayer dek warna bunganya yang terang seterusnya memainkan peranan penting memindahkan debunga dari bunga ke bunga, memastikan kesinambungan spesies.

 

Menjelang petang, kelopak emas Simpoh Ayer akan mula gugur. Jika bunga itu didebungakan, mereka akan menutup tunasnya semula, kali ini bertukar menjadi warna kemerahan dan bersedia untuk memulakan proses berkembang menjadi buah. Jika tidak, tunas lain akan bersedia untuk mengambil giliran mekar pada malam berikutnya.

 

Rentak ini, hari demi hari, adalah bukti keteraturan alam. Segala-galanya di dalam hutan mempunyai masa dan tempatnya, bergerak seiring dengan kitaran matahari dan bulan. Simpoh Ayer, dengan bunga yang boleh diramal dan peranan pentingnya dalam ekosistem, adalah contoh sempurna bagi susunan semula jadi ini. Dia bukan sahaja mekar dalam persekitarannya tetapi juga membantu mengekalkan keseimbangan, menyokong kepelbagaian hidupan.

 

Rakan kita ini mengajar kita kesabaran dan menghormati kitaran kehidupan. Sebagaimana Simpoh Ayer dengan sabar menunggu saat yang sesuai untuk mekar, begitu juga kita mesti bergerak seiring dengan dunia di sekeliling kita.

 

Minggu depan saya akan bercerita tentang beberapa hidupan liar! – Si Pulai

 

 

#pulaitrail  #freetreesociety #urbancommunityforest #pulaistories #sipulai


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *