Apa Cerita Pulai Hari Ini?
Meet the Pulai tree (Alstonia angustiloba), the tree that gave Pulai Trail its name. With its fragrant flowers and wind-carried seeds, the Pulai tree helps our rainforest grow and regenerate.

Greetings! I’m Alstonia angustiloba, but my friends call me Pulai. This trail is named after me!
As one of the big trees in this forest, I provide shelter and food for diverse wildlife. My small white flowers, for example, feed important pollinators! I can grow 12 stories high, which helps my seeds disperse by the wind. While you can find my siblings around the Pulai Trail, deforestation and development threaten us. Concrete can’t match our natural beauty though. Visit me in Bukit Persekutuan to decide for yourself. As one of 5 small urban forests there, the Pulai trail serves as a green lung for the city, offsetting carbon emissions and filtering pollution from heavy traffic.
Apa khabar? Nama saya Alstonia angustiloba, tetapi rakan-rakan memanggil saya Pulai. Ya, denai ini dinamakan sempena saya!
Sebagai salah satu pokok besar di sini, saya menyediakan tempat berlindung dan makanan kepada hidupan liar. Bunga putih saya pula dikunjungi serangga-serangga pendebunga yang penting. Saya boleh tumbuh setinggi bangunan 12 tingkat, justeru memudahkan penyebaran biji benih melalui angin. Adik-beradik saya ada juga di sini dan tempat-tempat lain, namun penebangan hutan dan pembangunan suatu ancaman buat kami. Hutan konkrit tidak lah sebanding kecantikan kami sebenarnya. Datanglah melawat saya di Pulai Trail yang terletak di Bukit Persekutuan. Sebagai salah satu daripada 5 buah hutan bandar di sini, Pulai Trail merupakan peparu yang mengimbangi pelepasan karbon dan menapis pencemaran. Sebagai ‘abang besar’ di sini pula, pada setiap minggu saya akan berkongsi kisah dari kediaman saya ini.

Leave a Reply