Apa Cerita Pulai Hari Ini? Si Pulai shares a basket of colour hidden beneath the leaves, ripening quietly for the creatures who know where to look. Introducing Forest fruits (Buah-buahan hutan), the trail’s sweet reward that feeds birds, mammals, and the cycle of new growth.

Walk into the forest and you will be greeted by splashes of colors and shapes from different types of fruits, hanging from vines and branches, some glowing bright and some in hues of green, unripe. They look tempting, but here, beauty does not always mean edible. Many of these fruits are not meant for humans, but for our friends; the birds, mammals, insects and other wildlife.
These fruits provide food, water, and energy for animals, and in return, the animals help disperse the seeds, allowing new plants to grow. This is how the forest renews itself and stays alive.
On a deeper level, fruits also remind us of the meaning of conservation. Our efforts to protect and restore nature are like planting trees that will one day bear fruit. The benefits may not be for us alone, or even for us at all, but for future generations of wildlife and people. Just like forest fruits, every small action in conservation contributes to enriching life and sustaining the ecosystem.
And with this reflection, we come to the end of Apa Cerita Si Pulai – Season 1. But just like a forest that never stops growing and fruiting, more stories, discoveries, and wonders are yet to come. Stay tuned for the next chapter!
– Si Pulai
Selangkah ke sini, anda akan disambut oleh percikan warna dan bentuk daripada pelbagai jenis buah yang bergayutan pada liana dan dahan, ada yang terang bersinar, ada juga yang masih hijau dan belum masak. Ia kelihatan menggoda, namun di sini, keindahan tidak semestinya bermaksud boleh dimakan. Banyak daripada buah-buahan ini bukan untuk anda manusia, tetapi untuk sahabat-sahabat kita; burung, mamalia, serangga dan hidupan liar lain.
Buah-buahan ini membekalkan makanan, air dan tenaga kepada haiwan. Sebagai balasan, haiwan membantu menyebarkan biji benih, membolehkan tumbuhan baharu tumbuh. Beginilah cara hutan memperbaharui dirinya dan terus hidup.
Dalam makna yang tersirat, buah juga mengingatkan kita tentang makna pemuliharaan. Usaha kita untuk melindungi dan memulihkan alam ibarat menanam pokok yang suatu hari nanti akan berbuah. Hasilnya mungkin bukan untuk kita sahaja, atau mungkin bukan untuk kita langsung, tetapi untuk generasi akan datang yakni hidupan liar dan manusia. Setiap tindakan kecil dalam pemuliharaan menyumbang kepada memperkayakan kehidupan dan mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Dan dengan renungan ini, kita sampai ke penghujung Apa Cerita Si Pulai – Musim 1. Namun, seperti Pulai Trail yang tidak pernah berhenti tumbuh dan berbuah, lebih banyak kisah, penemuan dan keajaiban menanti. Kita nantikan bab seterusnya!
– Si Pulai
